Rabu, 12 Oktober 2011

MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

Tarikh           :       17 Oktober 2011
Hari               :       Isnin
Tempat         :       Surau SMKIS
Masa             :       2.50 ptg


Semua ahli-ahli panitia dijemput hadir. Terima Kasih.

Khamis, 29 September 2011

Program Solat Hajat dan Bacaan Yasin



Program ini telah berlangsung pada 23 September 2011 bertempat di Dewan Besar SMK Iskandar Shah, Jasin. Guru-guru dan semua calon PMR, SPM dan STPM bersama ibu bapa masing-masing telah turut serta menjayakan majlis ini.




Bacaan Yasin telah dipimpin oleh Ustaz Anuar manakala Solat Hajat pula diketuai oleh Ustaz Salam. Tuan Pengetua dan YDP PIBG juga telah memberikan ucapan serta motivasi kepada calon-calon PMR, SPM dan STPM. Semoga program ini dapat diberkati serta menyuntik semangat kepada semua calon untuk berusaha dengan lebih gigih lagi untuk berjaya sambil terus memohon kepada yang Esa agar terus diberi kejayaan di dunia dan di akhirat. Amin...




Khamis, 22 September 2011

Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat

Aturcara majlis

5:30       -    Pendaftaran
6:00       -    Makan malam
6:30       -    Bacaan Yasin dan tahlil
7:15        -    Solat maghrib
                       Solat hajat
                       Ucapan YDP PIBG
                       Ucapan Pengetua Smkis
                       Solat Isyak
9:00        -  Majlis bersurai