Khamis, 2 Januari 2014

Minit Mesyuarat 3 Pend. Islam 2013

MINIT MESYUARAT
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM KALI KETIGA
SMK ISKANDAR SHAH, 77000 JASIN, MELAKA
BIL.3/2013

               Tarikh   :              26 Ogos 2013
               Masa     :              3.00 ptg
               Tempat :              Surau Sekolah SMK Iskandar Shah.


               Kehadiran           :

1.      Ustazah Junaidah Binti Sulong
2.      Ustazah Roziaili Binti Ismail
3.      Ustazah Nurhuslinda Binti Husin
4.      Ustaz Abdul Salam Bin Abdul Jalal
5.      Ustaz Hafizan Bin Md Jani

Urusetia Mesyuarat         :  Ustaz Anuar Bin Muhamad         :              Setiausaha

1.      Ucapan aluan pengerusi

1.1   Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan ummul kitab al Faatihah
1.2   Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kedatangan ahli-ahli jawatankuasa Panitia Pendidikan Islam serta  mengalu-alukan kedatangan anggota baru panitia Pendidikan Islam Ustaz Hafizan bin Md Jani bagi menggantikan arwah Ustaz Zulkifli Bin Ahmad.
1.3   Pengerusi  menyatakan rasa kehilangan di atas pemergian arwah Ustaz Zulkifli ke alam  barzakh. Al Fatihah.

2.      Pengesahan minit

2.1. Ustaz Abdul Salam bin Abdul Jalal mencadangkan minit mesyuarat 2/ 2013 yang bertarikh
        Ogos 2013 disahkan dan disokong oleh Ustazah Roziaili Bin Ismail.

3.      Perkara-perkara berbangkit

3.1   Pengerusi mengucapkan ribuan terimakasih kepada semua ahli yang telah banyak  mem –
bantu menjayakan program-program panitia sepertimana yang telah dirancang contohnya program Ihya ar Ramadhan iaitu Tadarrus al Quran, Majlis Khatam al Quran dan Majlis Iftar Ramadhan. Semoga pada tahun hadapan program seumpama ini dapat diteruskan.

3.2   Pengerusi juga mengingatkan kepada pembuat soalan percubaan agar dapat membuatnya
mengikut format peperiksaan sebenar serta mengikut ketetapan yang telah digariskan oleh pihak sekolah.
              
3.3   Pengerusi memaklumkan supaya ahli panitia agar menyelesaikan PBS mengikut band dan
DSP yang terkini.                                                           Tindakan : Semua Guru Pendidikan Islam

4.      Perancangan Panitia.

4.1   Pengerusi memaklumkan mengenai program Solat Hajat peringkat sekolah adalah
dengan kerjasama pihak PIBG sekolah.

4.2   Pengerusi juga mengingatkan mengenai ceramah teknik menjawab soalan PMR dan SPM
akan diadakan mengikut masa yang telah ditetapkan.
              
4.3   Pengerusi juga memaklumkan bahawa pihak sekolah  akan mengadakan korban peringkat
sekolah bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidil Adha nanti. Justeru itu ahli panitia disyorkan agar mewar-warkan kepada ahli keluarga dan guru-guru Islam yang lain supaya program tersebut mendapat sambutan yang menggalakan.

4.5         Pengerusi meminta agar ahli panitia memberi  beberapa idea yang menarik bersempena
sambutan maal Hijrah yang akan disambut tidak lama lagi. Di antara aktiviti yang dirancangkan ialah    ceramah Maal Hijrah, persembahan nasyid dan Kuiz Maal Hijrah.

                                                                                                                    Tindakan : Semua Guru Pendidikan Islam    


5.      Hal – hal Lain

5.1   Beberapa orang guru lelaki Islam telah bermuafakat untuk membesarkan lagi surau sekolah
bagi menampung jemaah semasa solat hajat.


6.      Penutup

6.1   Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada kepada semua guru GPI kerana dapat hadir
dalam mesyuarat kali ini dan terima kasih juga kerana semua ahli telah memberi kerjasama
yang baik dalam menjayakan semua program yang dianjurkan.

6.2   Mesyuarat ini ditangguhkan dengan tasbih kaffarah dan surah al Asr.



Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.30 ptg


Disediakan oleh :

USTAZ ANUAR BIN MUHAMAD
Setiausaha
Panitia Pendidikan Islam
SMK Iskandar Shah, Jasin.
28 Ogos 2013




Tiada ulasan:

Catat Ulasan