Khamis, 31 Januari 2013


KELEBIHAN HARI JUMAAT

1. Berlakunya Hari Qiamat.

Dalam suatu hadis riwayat Muslim, RasuluLlah SAW ada menyebut bahawa:
“Pada hari Jumaat juga qiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”
Dalam hadis lain, RasuluLlah SAW bersabda yang bermaksud :
“Hari Yang Dijanjikan ialah Hari Qiamat. Hari Yang Disaksikan ialah Hari Arafah, dan Hari Yang Menyaksikan ialah Hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.”
2. Nabi Adam Diciptakan Dan Baginda Juga Disingkirkan Dari Syurga.

Hari ini nabi Adam a.s diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga. Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
“Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”
3. Penghulu Segala Hari.

Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana Islam meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain. Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” Terdapat banyak kebaikan dan kelebihan pada hari ini termasuklah Solat Jum’aat.
4. Selamat Dari Fitnah Kubur Bagi Yang Mati Pada Hari Jumaat.

Menurut Rasulullah SAW:
“Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah daripada fitnah kubur.”
5. Kebaikan Dengan Memotong Kuku.

Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”

6. Makbulnya Doa Di Antara Dua Khutbah.
“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmizi).
Berdasarkan hadith Rasulullah SAW daripada Abu Hurairah yang bermaksud:
“Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.”
Dan RasuluLlah SAW menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.
Abi Burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa RasuluLlah SAW pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan. Hadith Rasulullah SAW daripada Jabar r.a pula mengatakan ianya adalah pada hari Juma’at, akhir waktu Asar. (Riwayat Abu Daud, An Nasa’iy dan Al Haakim)
Sabda Rasulullah SAW lagi :
“Solat lima waktu (sehari semalam) dan jumaat hingga jumaat merupakan penebus-penebus dosa (ketika itu) selama tidak dikerjakan dosa-dosa besar” (Riwayat Muslim)

TANDA-TANDA KIAMAT

 Tanda-tanda akhir/ besar

·         Lahirnya Dajjal.
·         Keluarnya  Yakjuj dan Makjuj
·         Turunya Nabi Isa a.s.
·         Lahirnya Imam Mahdi yang membawa kebenaran.
·         Keluarnya sejenis binatang dari bumi yang disebut  
           Addabbah.
·         Keluarnya asap tebal dari langit.
·         Matahari naik dari arah barat.
KEPUTUSAN PERBARISAN SEMPENA MAULIDUR RASUL 2013

JOHAN             : KELAB KOPERASI

NAIB JOHAN  : KELAB  PERPUSTAKAAN

KETIGA           : PERSATUAN SEJARAH PRA-U
KEPUTUSAN PERTANDINGAN SEPANDUK SEMPENA MAULIDUR RASUL 2013

JOHAN                 : KELAB ALAM SEKITAR

NAIB JOHAN      : KELAB KITAR SEMULA

KETIGA               : KELAB KOPERASI

KEEMPAT           : KELAB PENGGUNA

KELIMA              : PERSATUAN PENDIDIKAN ISLAM



ANUGERAH KHAS PRA-UNIVERSITI

KELAB EKONOMI
TAHNIAH!

Panitia Pendidikan Islam mengucapkan tahniah dan syabas serta jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat samada secara langsung atau tidak secara langsung bagi menjayakan program Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah 2013.Sumbangan anada hanya Allah swt sahaja yang layak membalasnya.

Rabu, 30 Januari 2013


KUMPULAN AJARAN SESAT DI MALAYSIA


Antara kumpulan ajaran sesat di Malaysia ialah

1.       Nasrul Haq
2.       Budi Suci
3.       Al-Watan
4.       Budi Suci Sejati
5.       Jawa Faradin
6.       Silat Sunda Pukulan Ghaib
7.       Tusuk Hikmat
8.       Ilmu Kebatinan
9.       Potong Maya
10.   Naluri
11.   Kaula
12.   Haqqullah Syahadah
13.   Rampai
14.   Wali Suci
15.   Kalimat Sakti
16.   Silat Pukulan Jarak Jauh
17.   Ilmu Tenaga Dalam Hikmat
18.   Zikir Sha’ban Islam Haq
19.   Asal Wujud Garis Laksmana
20.   Al-Ma’zat
21.   Trancendental Meditation – Maharisi Mahish Yugi
22.   Ilmu Kebatinan
23.   Abdul Manan bin Harun – tolak hadis
24.   Ilmu Mentauhidkan Allah oleh Nasrun S.T. Qahar
25.   Kumpuylan Ikhwan/al-Mas
26.   Kuasa Ghaib (Tahan Diri)
27.   Mohd Nordin Putih
28.   Nasrun S.T. Qahar
29.   Rslan Katimun atau Ajaran Wali Sembilan
30.   Tariqat Naqsyabandiyyah Kadirun Yahya
31.   Wali Sembilan
32.   Khatijah binti Ali @ Puan Tijah
33.   Syed Mutalib bin Syed Mohd Nordin
34.   Ajaran Mohd Seman al-Banjari
35.   Al-Arqam
36.   Golongan anti hadis
37.   Ajaran oleh Juruzon bin Abd Latif @ dikenali Hj Ahmad al-Walidie
38.   Syiah
39.   Ajaran Hj Ghazali Othman Hulu Kelang
40.   Ajaran Hj Kadar Ahmad
41.   Ajaran Ilmu Tajali Ahmad Laksamana
42.   Ajaran Ilmu Hakikat @ Jahar Dumin Hulu Langat
43.   Tarikat Mufaridiah
44.   Ajaran Hassan anak rimau
45.   Tarikat Aurad Ismailiah
46.   Ajaran Martabat Tujuh
47.   Tarikat Samaniah Ibrahim Bonjol
48.   Ajaran Sulaiman (Bahtera Nabi Noh)
49.   Ajaran Ilmu Hakikat Hassan bin Jonit
50.   Ajaran Ahmadiah/Qadyani
51.   Ajaran Mohd Nor Seman
52.   Ajatran Ayah Pin
53.   Ajaran Bahai
54.   Al-Maunah
55.   Ajaran Azhar Wahab
56.   Ajaran Hj Banuar

Antara kepercayaan atau amalan kumpulan ajaran sesat ini ialah:

1.      mempercayai orang mati boleh memberi pertolongan apabila diseru namanya
2.      bersumpah tidak akan menceritakan ajaran yang diikutinya kepada orang lain,
3.      mengaku dirinya atau gurunya sebagai nabi
4.      mengaku dirinya memiliki barang-barang peninggalan Rasulullah SAW seperti pedang dan sebagainya
5.      mempercayai semua ajaran agama adalah sama dan semua menuju ke syurga
6.      mengakui diri sebagai wali atau mempunyai keramat
7.      mempercayai gurunya boleh memberi syafaat di akhirat
8.      mengakui dirinya atau gurunya sebagai Imam Mahdi
9.      meninggalkan sembahyang Jumaat kerana bersuluk.

Kerajaan mempunyai strategi dan platform khusus untuk mengenalpasti dan membanteras ajaran sesat ini antaranya ialah melalui Jawatankuasa Menangani Ajaran Sesat Peringkat Kebangsaan (JAPAS), proses pewartaan fatwa yang bermula dari penerimaan aduan, kajian, pembentangan melalui Panel Kajian Akidah (PKA) seterusnya melalui Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang dilaporkan kepada Perdana Menteri dan Majlis Raja-raja serta mempunyai Rancangan 5 tahun bagi memerangi ajaran sesat. .

Tanda-tanda Qiamat

Tanda-tanda awal/ kecil

·         Maksiat berleluasa
·         Banyak berlaku peperangan dan pembunuhan
·         Urusan agama diurus oleh orang jahil
·         Banyak berlaku gempa bumi
·         Anak derhaka kepada ibu bapa
·         Anak menjadi tuan
·         Manusia bermegah-megah dengan bangunan tinggi
·         Amalan riba berleluasa
·         Amaln zina berleluasa
·         Orang kaya berhutang
·         Orang miskin menjadi kaya
·         Masjid hanya menjadi hiasan
·         Lelaki menyerupai wanita dan sebaliknya
·         Wanita lebih ramai daripada kaum lelaki
·         Buang anak berleluasa
·         Umat Islam belajar menyanyi
·         Minum arak menjadi biasa
·         Al-Quran hilang dari dada umat Islam
·         Laungan azan tidak dihiraukan
·         Ahli maksiat disanjung, ulama dihina
·         Orang alim semakin sedikit, orang jahil bertambah ramai
·         Masa terasa singkat
·         Banyak kematian mengejut
·         Hilang sifat amanah
·         Ucapan salam kepada yang dikenali sahaja
·         Pendedahan aurat berleluasa

Selasa, 29 Januari 2013


SOLAT  SUNAT HAJAT
Solat Sunat Hajat merupakan solat sunat yang didirikan untuk memohon hajat atau ketika berada dalam permasalahan dan kesukaran. Ia dilakukan bagi mengharapkanpertolongan daripada Allah SWT dan memohon sesuatu perkara atau menolak sesuatu yang tidak diingini agar apa yang dihajati itu dikabulkan. Walau bagaimana pun ia hendaklah disertai dengan keazaman dan usaha yang gigih di samping bertawakal kepada Allah Yang Maha Pencipta.
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang mempunyai hajat kepada Allah SWT atau kepada seorang manusia, maka hendaklah ia berwuduk dengan sebaik-baiknya kemudian dia bersolat dua raka’at.”    (Riwayat At-Tarmizi)
Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanad shahih dari Abu Darda’ bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa berwudhuk dan menyempurnakannya, kemudian solat dua raka’at dengan sempurna, nescaya Allah memberikan apa saja yang dimintanya, sama ada cepat ataupun lambat.”
.
Solat sunat ini mempunyai kelainan kerana pada sujud yang terakhir, mukmim yang melakukan solat hajat itu perlu memuji-muji Allah SWT disertakan dengan niat apa yang dihajati atau hendak dicapai. Sesudah melakukan solat hajat, perlu berdoa sekali lagi agar permintaan mudah dimakbulkan.
.
Solat hajat boleh didirikan secara bersendirian atau berjemaah, sama ada pada waktu siang maupun malam hari. Lebih afdal solat bersendirian sewaktu suasana sunyi selepas tengah malam (selepas 2/3 malam, iaitu 1/3 malam terakhir) kerana ianya lebih berkesan, lebih khusyuk dan amat hening suasananya.
.
Solat Sunat Hajat dilakukan dengan pelbagai cara dan ia boleh didirikan sehingga 12 rakaat dan paling minima adalah 2 rakaat. Solat sunat ini mempunyai kelainan kerana pada sujud yang terakhir, mukmim yang melakukan solat hajat itu perlu memuji-muji Allah dan disertakan dengan niat hajat yang hendak dicapai. Sesudah melakukan solat hajat, perlu berdoa sekali lagi agar permintaan mudah di makburkan.

 FADHILAT SOLAT HAJAT
  1. Berasa tenang setelah bebanan disampaikan kepada Allah SWT.
  2. Menjadi lebih bersifat ikhlas menerima ketentuan Allah.
  3. Permohonan dimakbulkan Allah SWT..
.

PANDUAN SOLAT HAJAT

.
Sekiranya dilakukan selepas terjaga dari tidur pada sebelah malam, sebelum melakukan Solat Sunat Hajat, hendaklah bersugi dan mandi terlebih dahulu kemudian berwuduk bagi membersihkan diri dan menyegarkan diri. Pakailah pakaian yang bersih dan afdalnya berwarna putih.
Alhakim berkata,Sesiapa yang melaksanakan solat sunat hajat, hendaklah ia mandi pada malam Jumaat dan memakai pakaian yang bersih dan solatlah di waktu sahur dengan niat mohon dipenuhi hajatnya.”
Sebaiknya dirikanlah Solat Sunat Wuduk dan Tahajjud terlebih dahulu sebelum melakukan Solat Sunat Hajat.

 CARA MELAKUKAN SOLAT HAJAT

.
Dirikanlah Solat Sunat Hajat sebagaimana solat-solat biasa yang lain dengan mematuhi 13 rukun yang telah disyariatkan itu.  Perbezaannya cuma pada perkara-perkara berikut:
 .

1.  Lafaz dan niat:

.

“U-shol-lii sun-na-tal haa-ja-ti rok-’a-tai-ni lil-laa-hi ta-’aa-laa.”
Daku Solat Sunat Hajat dua raka’at, kerana Allah Ta’ala.

2.  Bacaan selepas Al-Fatihah

.
Rakaat pertama: Surah Al-Kafirun atau Ayat Al-Kursi  (satu kali atau 11 kali)
“ALLaahu la ilaaha illa huwal hayyul Qayyum, la ta ‘khudzuhu sinatun walaa naumun lahu maa fissamaawaati wama fil ardhi, man dzal ladziiyasy fa ‘u ‘indahu illaa biidznih, ya ‘lamu maa baina aydiihim wa maa khalfahum, walaayuhiithuuna bisyai-in min’ilhimi illaa bimaa syaa-a, wasi’a kursiyuhus samaawaati wal ardhi, walaa yauuduhu hifzuhumaa wa huwal’aliyuul ‘azhiim.”
“Allah, tidak ada Tuhan melainkan Dia yang Hidup Kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tertidur. Kepunyaan-Nya apa yang ada di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafaat  (pertolongan) di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kerajaan Allah (IlmuNya dan KekuasaanNya) meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).” [Surah Al Baqarah 255 (Ayatul Kursiy)]
.
.
Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas  (sekali atau 11 kali)
“Qul huwallaahu ahad, Allaahush shamad, Lam yalid walam yualad, Wa lam yakun lahu kufuwan ahad.”
“Katakanlah : Allah itu Esa! Allah tempat meminta. Dia tidak beranak dan tiada pula diperanakkan. Dan tidak ada sesuatu pun yang setara dengan-Nya.”
.
*Sesungguhnya sebahagian daripada doa yang tidak ditolak ialah bersolat, di mana ia membaca pada setiap rakaat ‘Surah Al-Fatihah’, ‘ayat Al-Kursi’ dan ‘Qulhu wallaahu Ahad’..
.

3.  Membaca Tasbih

.
a.  Sebaik sahaja selesai solat (sesudah memberi salam), terus sujud sekali lagi danbacalah tasbih ini 41 kali:
“Laa-i-la-ha il-la an-ta sub-haa-na-ka in-ni kun-tu mi-naz-zhoo li-min.” 
Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini dari golongan orang yang aniaya.
.
b.  Atau Tasbih berikut 1 kali:

4.  Wirid Selepas Solat Hajat

.
Sesudah selesai menunaikan solat sunat Hajat, wiridkanlah kalimat-kalimat berikut:
.
       a. Istighfar (10 / 100 kali)
“As-tagh-fi-rul-laah, Rab-bi min kul-li zan-bi wa-a-tuu-bu i-laih.”
Daku memohon ampun kepada Allah, Tuhanku, daripada segala dosa dan daku bertaubat kepada-Nya.
.
      b. Zikir
“Laa-i-la-ha il-lal-laah, Mu-ham-mad-da ro-suu-lul-laah.” 
Tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad utusan Allah.
 .
     c.  Selawat (10 / 100 kali)
“Allaahumma shalli ‘alaa Sayyidinaa Muhammadin wa ‘alaa aalihii Sayyidinaa Muhammadin.”
Ya Allah! Sejahterakanlah ke atas penghulu kami Nabi Muhamad SAW dan ke atas ahli keluarga penghulu kami Muhamad SAW.
.

5.  Doa Solat Hajat

  .
Teruslah memohon hajat yang dikehendaki sewaktu masih bersujud. Kemudian duduk semula dan bacalah doa berikut:
.
.


ANAK-ANAK RASULULLAH s.a.w

1. Anak-anak Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dengan Khadijah :

1. Al-Qasim
2. Abdullah
3. Zainab
4. Ruqaiyah
5. Ummu Kalthum
6. Fatimah

2. Anak Rasulullah dengan Mariyah Al-Qibtiyah :

1. Ibrahim

Isnin, 28 Januari 2013


Solat Sunat Tahajjud


Solat Tahajjud adalah solat malam yang dilaksanakan setelah bangun tidur, afdalnya dibuat secara bersendirian waktu selepas tengah malam. Solat sunat ini amat dituntut dan sangat baik dilakukan sebagai ibadah tambahan. Rasulullah SAW dan para sahabat tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka.
Firman Allah SWT.:
17:79
 “Dan pada sebahagian malam hari bersolat Tahajjudlah kamu sebagai suatu ibadat tambahan bagimu; Mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.” 
(Surah Isra’; ayat 79)
.
Rasulullah SAW bersabda:  “Kerjakanlah solat malam sebab itu adalah kebiasaan orang solihin sebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, juga sebagai penebus segala amalan buruk, pencegah dari perbuatan dosa dan dapat menghalangi penyakit dari badan.”   (Riwayat Tirmizi dan Ahmad r.a.)

.

Tujuan Solat Tahajjud

.
  1. Sebagai petanda perhambaan kepada Allah SWT.
  2. Mendekatkan seorang hamba dengan Penciptanya
  3. Tanda kesyukuran manusia di atas nikmat kurniaan Allah SWT.
  4. Menguatkan jiwa dan ketaqwaan seseorang kepada Allah SWT.
  5. Mendapatkan ketenangan dalam menghadapi cabaran dan dugaan hidup.
.

Cara Mendirikan Solat Tahajjud

.
Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam. Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat tetapi dilakukan secara berterusan setiap malam.
Rasulullah SAW telah bersabda,:  “Amalan yang disukai oleh Allah, adalah yang terus menerus (istiqamah) walaupun sedikit.”    (Riwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah.)
.
.

1.  Sebelum mengerjakan Solat Tahajjud baca doa berikut :

 .
Tiada Tuhan melainkan Dikau, Maha Suci Dikau! Daku memohon ampun kepada-Mu bagi dosa-dosaku dan daku memohon kepada-Mu akan Rahmat-Mu. Ya Allah! Tambahkanlah padaku ilmu dan janganlah Dikau pesongkan hatiku setelah Dikau berikan petunjuk. Dan berikanlah daku Rahmat-Mu; Sesungguhnya Dikaulah yang melimpahkan rahmat! Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkanku dan kepada-Nyalah tempatku kembali.
.
.

2.  Niat Solat Tahajjud:

(Ushalli sunnatat tahajjudi rak’ataini Lillahi ta’ala)
Daku bersolat Sunat Tahajjud dua rakaat, kerana Allah Ta’ala.
.
.

3.  Bacaan Surah selepas Al-Fatihah:

.
a)
Rakaat pertama:    Ayat Al-Kursi  (7 kali)
Rakaat kedua:    Surah Al-Ikhlas  (11 kali)
Atau;
b)
Rakaat pertama:    Ayat Al-Kaafirun
Rakaat kedua:    Surah Al-Ikhlas
Atau;
c)
 10 Ayat Terakhir, Surah Al-Imran,.
(Rasulullah SAW sering membaca ini pada solat Tahajjud Baginda.)
.
.

4. Selepas membaca tasbih pada sujud kedua dalam rakaat terakhir, bacalah doa berikut 3 kali:

.
.

5.  Selesai salam solat Tahajud, bacalah doa yang pernah dibaca oleh Rasulullah SAW ini:

.
.

6.  Kemudian sambung baca Doa Solat Sunat Tahajjud berikut:~

.
Ya Allah! Bagi-Mu segala puji-pujian. Dikaulah pendiri langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Bagi-Mulah segala pujian, Dikau Penguasa langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Dan bagi-Mulah segala puji, Pemancar cahaya langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya.
Bagi-Mulah segala pujian, Dikaulah yang benar (Al-haq), janji-Mu adalah benar, firman-Mu adalah benar, perjumpaan dengan-Mu adalah benar, syurga itu benar dan neraka adalah benar. Nabi-nabi itu benar, Nabi Muhammad SAW adalah benar dan adanya hari Kiamat itu benar. 
Ya Allah! Pada-Mulah daku menyerahkan diri, dengan-Mu daku beriman, kepada-Mu daku bertawakal, kepada-Mu daku kembali, dengan-Mu daku menghadapi musuh dan kepada-Mu daku berhukum. Ampunilah dosa kesalahanku yang telah lalu dan yang terkemudian, baik yang daku sembunyikan mahupun yang daku nyatakan, di mana Dikau lebih mengetahuinya. Dikau yang Maha Mendahului dan Maha Mengakhiri. Tiada Tuhan melainkan Dikau! Tiada padaku daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah!
Ya Allah! Berilah kami kebaikan di dunia dan kebajikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab neraka.
Selawat Allah ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad SAW dan ke atas keluarga serta para sahabat sekeliannya. Segala puji hanyalah untuk Allah; Tuhan Pemelihara seluruh alam.! .
.

KELEBIHAN  SOLAT TAHAJJUD

.
    1. Tahajjud adalah solat sunat yang paling afdal.
    2. Doa dimakbulkan Allah.
    3. Memperolehi ketenangan jiwa.
    4. Merasai diri hampir kepada Allah SWT.
    5. Diberikan keistimewaan oleh Allah SWT.
    6. Memperolehi pertolongan dan rahmat Allah.
    7. Menewaskan gangguan dan godaan syaitan.
    8. Mencegah dosa dan menghindari  penyakit.
    9. Menjadi lebih berdisiplin dalam melakukan tugas.
    10. Allah SWT memudahkan menerima ilmu yang dipelajari.
    11. Terkeluar daripada catatan sebagai golongan yang lalai.
    12. Dihormati masyarakat dan dijauhi daripada hasad dengki manusia.
    13. Allah SWT memberikan kemudahan dan rezeki yang berpanjangan.
    14. Orang bersolat Tahajud menjadi kesayangan Allah SWT.
    15. Diberi keistimewaan yang orang lain tidak perolehi.
    16. Mendapat kemuliaan Allah SWT di dunia dan akhirat.
    17. Meninggikan martabat seorang hamba di sisi Allah Azza Wa Jalla.
    18. Memudahkan hisab di akhirat dan melintasi Titian Siratal-Mustaqim..
.

Memudahkan Bangun Solat Malam

.
  1. Sebelum masuk tidur, berniat ingin melakukan Solat Tahajjud.
  2. Menjauhkan diri daripada perbuatan maksiat.
  3. Bersederhana makan dan minum pada waktu siang.
  4. Membaca ayat-ayat Al-Quran.
.
Rasulullah SAW bersabda:  “Sesiapa yang hendak tidur dan berniat untuk bangkit bagi mengerjakan Solat Sunat Tahajjud, kemudian tidurnya terlajak sampai ke pagi, maka dicatat niatnya itu sebagai satu pahala, manakala tidurnya pula dikira sebagai kurniaan Allah yang diberikan kepadanya.”   (Riwayat al-Nasa’i dan Ibnu Majah r.a.)