Khamis, 9 Januari 2014
Post Mortem PMR 2013
POST MORTEM PENDIDIKAN ISLAM PMR 2013
TAHUN BIL
CALON A % B % C % D E %
LULUS
GPMP
2012
161 ORG
104 ORG
64.6
50 ORG
31.1
7 0RG
4.3
-
100
1.40
2013
150 ORG
58 ORG
38.7
71 ORG
47.3
21 ORG
14
-
100
1.75
Berdasarkan jadual di atas kita dapat perhatikan kemerosotan yang agak ketara dari sudut kualiti iaitu pada tahun 2012 jumlah pelajar yang mendapat bilangan A ialah seramai 104 orang berbanding 58 orang sahaja pada tahun 2013 iaitu merosot sebanyak 46 orang. GPMP subjek pendidikan Islam juga merosot sebanyak 0.35 berbanding 1.40 pada tahun 2012. Faktor kemerosotan bagi subjek ini antaranya ialah:
1. Perubahan format penandaan di mana skema pemarkahan agak ketat berbanding dengan tahun sebelumnya walaupun ramai calon berpendapat soalan pada tahun ini lebih mudah.
2. Terdapat beberapa soalan yang dianggap mudah telah memerangkap calon, contohnya soalan syarat tanpa ditentukan syarat wajib atau syarat sah, ini juga merupakan satu sebab calon kehilangan markah. Soalan yang mudah ini juga menjadikan graf naik.
3. Pertukaran guru-guru yang berpengalaman menanda dan mengajar kelas-kelas PMR adalah salah satu punca kejatuhan subjek Pendidikan Islam, di mana sebenarnya guru-guru ini mampu memberi pendedahan dari awal hingga akhir jika mereka terus dikekalkan mengajar kelas tingkatan tiga ( PMR).
4. Program ICC yang dijalankan pada minggu-minggu terakhir menyebabkan guru subjek tidak dapat bertemu dengan pelajar mereka sendiri sedangkan guru-guru tersebut lebih mengetahui kelemahan anak anak didik mereka sendiri.
5. Faktor suratan takdir kembalinya mantan Ketua Panitia Pendidikan Islam al Fadhil Ustaz Zulkifli Ahmad ke alam baqa’ juga menjadi penyumbang kepada kemerosotan keputusan PMR bagi subjek Pendidikan Islam kerana beliau merupakan salah seorang ketua pemeriksa yang berpengalaman dan amat berwibawa dalam penandaan PMR.
STRATEGI / PELAN TINDAKAN MENGATASI KEMEROSOTAN PR ESTASI PELAJAR PMR
1. Mengadakan latih tubi yang berterusan bagi pelajar yang lemah
2. Mengadakan gerakgempur secara intensif kepada calon yang lembam
3. Meneruskan program teknik menjawab soalan PMR
4. Mendedahkan contoh-contoh soalan berdasarkan kemahiran tinggi
5. Mempelbagaikan kaedah pdp berdasarkan frog
6. Mengadakan pelbagai aktiviti kearah mempertingkatkan prestasi pelajar seperti program motivasi, bacaan Yasin dan Solat Hajat, tazkirah, mentor mentee PI dan sebagainya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan