Khamis, 21 Februari 2013


Kata-kata yang boleh membatalkan iman

Misalnya seperti katanya mengenai mana-mana hukum Islam:

1. “Hukum apa ini?”

2. “Hukum ini sudah lapuk”

3. “Zaman sekarang tak patut diharamkan riba kerana menghalang kemajuan”

4. “Dalam zaman yang serba maju ini kaum wanita tak perlu dibungkus-bungkus” (Menutup aurat)

5. “Berzina kalau suka sama suka apa haramnya?”

6. “Minum arak kalau dengan tujuan hendak menyihatkan badan untuk beribadat apa salahnya?”

7. “Berjudi kalau masing-masing sudah menerima untuk untung ruginya apa salahnya?”

8. “Kalau hendak sangat menurut hukum-hukum Islam sampai qiamat kita tak maju.”

9. Berkata: “Perbuatan yang demikian tidak beradab”. Apabila diceritakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. selepas makan menjilat sisa makanan di jarinya.

10. Berkata: “Aku tak mahu memotong kuku sekalipun sunat” – Apabila diberitahu bahawa memotong kuku itu adalah sunat.

11. Berkata: “Si anu dah mulai menyalak”. – semasa ia mendengar azannya.

12. Membaca ayat-ayat suci, hadith nabi dan nama-nama tuhan dengan cara mempersenda dan mempermain-mainkannya.

13. Kata-kata mengkafirkan seseorang Islam, pada hal orang itu tidak diyakini ada padanya suatu yang menjadikannya kafir, sebagaimana diterangkan oleh hadith Ibni Umar yang diriwayatkan oleh Muslim.

(sumber ; Kitab Mustika Hadis)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan