TAHUN
|
BIL
CALON
|
A
|
%
|
B
|
%
|
C
|
%
|
D E
|
%
LULUS
|
GPMP
|
2012
|
161 ORG
|
104 ORG
|
64.6
|
50 ORG
|
31.1
|
7 0RG
|
4.3
|
-
|
100
|
1.40
|
2013
|
150 ORG
|
58 ORG
|
38.7
|
71 ORG
|
47.3
|
21 ORG
|
14
|
-
|
100
|
1.75
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Berdasarkan jadual di atas kita dapat perhatikan kemerosotan
yang agak ketara dari sudut kualiti iaitu pada tahun 2012 jumlah pelajar yang
mendapat bilangan A ialah seramai 104 orang berbanding 58 orang sahaja pada tahun
2013 iaitu merosot sebanyak 46 orang. GPMP subjek pendidikan Islam juga merosot
sebanyak 0.35 berbanding 1.40 pada tahun 2012. Faktor kemerosotan bagi
subjek ini antaranya ialah:
1.
Perubahan
format penandaan di mana skema pemarkahan agak ketat berbanding dengan tahun
sebelumnya walaupun ramai calon berpendapat soalan pada tahun ini lebih mudah.
2.
Terdapat
beberapa soalan yang dianggap mudah telah memerangkap calon, contohnya soalan
syarat tanpa ditentukan syarat wajib atau syarat sah, ini juga merupakan satu
sebab calon kehilangan markah. Soalan
yang mudah ini juga menjadikan graf naik.
3.
Pertukaran
guru-guru yang berpengalaman menanda dan mengajar kelas-kelas PMR adalah salah
satu punca kejatuhan subjek Pendidikan Islam, di mana sebenarnya guru-guru ini
mampu memberi pendedahan dari awal hingga akhir jika mereka terus dikekalkan
mengajar kelas tingkatan tiga ( PMR).
4.
Program
ICC yang dijalankan pada minggu-minggu terakhir menyebabkan guru subjek tidak
dapat bertemu dengan pelajar mereka sendiri sedangkan guru-guru tersebut lebih mengetahui kelemahan anak anak didik
mereka sendiri.
5.
Faktor
suratan takdir kembalinya mantan Ketua Panitia Pendidikan Islam al Fadhil Ustaz
Zulkifli Ahmad ke alam baqa’ juga menjadi penyumbang kepada kemerosotan
keputusan PMR bagi subjek Pendidikan Islam kerana beliau merupakan salah
seorang ketua pemeriksa yang berpengalaman dan amat berwibawa dalam penandaan PMR.
STRATEGI / PELAN TINDAKAN MENGATASI KEMEROSOTAN PR ESTASI PELAJAR
PMR
1. Mengadakan latih tubi yang berterusan
bagi pelajar yang lemah
2. Mengadakan gerakgempur secara
intensif kepada calon yang lembam
3. Meneruskan program teknik menjawab
soalan PMR
4. Mendedahkan contoh-contoh soalan
berdasarkan kemahiran tinggi
5. Mempelbagaikan kaedah pdp berdasarkan
frog
6. Mengadakan pelbagai aktiviti kearah
mempertingkatkan prestasi pelajar seperti program motivasi, bacaan Yasin dan
Solat Hajat, tazkirah, mentor mentee PI
dan sebagainya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan