Jumaat, 5 Julai 2013

ADAB MEMELIHARA ALAM

ADAB MEMELIHARA ALAM
SOALAN SUBJEKTIF
1
 Kerosakan alam sekitar disebabkan oleh tangan manusia.
Terangkan dua kesan tersebut.     [ 4 markah ]
2
Jelaskan dua punca pencemaran alam. [ 4 markah ]
3
 Huraikan tiga kebaikan menjaga alam semulajadi. [ 6 markah ]
 4
 Nyatakan tiga langkah berkesan untuk menghalang pencemaran dari terus berlaku. [ 6 markah ]
 JAWAPAN 

Nombor
Jawapan
Catatan / markah
1
Dua kesan kerosakan alam sekitar yang disebabkan oleh tangan manusia:
·                     Pencemaran udara daripada  pembakaran terbuka, asap rokok, kenderaan bermotor dan asap-asap kilang.
·                     Pencemaran air dengan cara membuang sisa toksik dan sampah ke dalam air
·                     Pencemaran tanah dengan cara membuang bahan-bahan kilang dan sampah di merata-rata tempat
·                     Pencemaran bunyi daripada kenderaan bermotor, kilang, kuari, kerja-kerja pembinaan bangunan dan lain-lain. 
 [2x  2m =4m ]

Dua punca pencemaran alam:
·                     Sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak
·                     Sikap untuk mengaut keuntungan dengan cepat
·                     Kurang kesedaran terhadap kepentingan alam semulajadi
·                     Tiada penguatkuasa daripada pihak berkuasa 
 [ 2 x 2m =  4m ]
 3

Tiga kebaikan menjaga alam semulajadi:
·                     Dapat mengekalkan kebersihan dan keindahannya.
·                     Masyarakat dapat menikmati keindahan alam semulajadi
·                     Masyarakat menjadi harmoni dan sejahtera
·                     Menjamin udara bersih
·                     memberi keselesaan dalam kehidupan 
·                     Pencemaran alam dapat dikurangkan.
·                     Mengelak daripada mendapat penyakit dan wabak yang berbahaya
 [ 3 x 2m =  6m ]
4
Tiga langkah berkesan untuk menghalang pencemaran dari terus berlaku:
·                     Mengadakan kempen menjaga alam sekitar
·                     mewujudkan pasukan pemantau alam sekitar
·                     menguatkuasakan undang-undang
·                     mengadakan dan mewujudkan lebih banyak pusat kitar semula
·                     meyediakan kemudahan secukupnya untuk kegunaan orang ramai
 [3 x  2m =  6m ]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan