Sabtu, 6 April 2013

JAWI MINGGU INI
(08-14 April 2013)
SYARIAH
شرعية
NASKHAH
نسخه
AKHLAK
اخلاق
RAKAAT
ركعة
MARKAH
مركه


Jumaat, 5 April 2013


ADAB BERNEGARA

1
Sesebuah negara akan aman sejahtera sekiranya rakyat hidup bertoleransi dan beradab.
( a )
 Nyatakan dua adab bernegara.( 4  markah )

( b )
Terangkan dua kesan positif sekiranya rakyat beradab dengan negara [ 4 markah ]

( c )
Sebagai seorang pelajar, bagaimanakah anda dapat memberi sumbangan kepada negara? [ 4 markah ]
2

Huraikan dua cara membuktikan bahawa anda adalah seorang yang mencintai negara Malaysia. [ 4 markah ]

 JAWAPAN 
Nombor

Jawapan
Catatan / markah
1
( a )

Dua adabbernegara:
  • Menjaga nama baik negara.
  • Cinta kepada negara.
  • Memelihara keamanan negara.
  • Berbakti kepada negara.
 [ 2 x  2m = 4m ]

( b )

Dua kesan posit f sekiranya r akyat  beradab  dengan  negara:
  • Negara akan bertambah maju.
  • Negara di pandang mulia dan dihormati.
  • Rakyat dapat menikmati kemewahan rezeki.
  • Negara aman.
 [ 2 x 2m =  4m ]

( c ) 

Sumbangan kepada negara yang dapat diberikan oleh seorang pelajar:
  • Belajar bersungguh-sungguh.
  • Mengamalkan  akhlakmulia.

 [ 2 x 2m =  4m ]

2
 Dua cara membuktikan bahawa anda seorang yang mencintai negara Malaysia:
  • Mempertahankan negara sekiranya diancam musuh.
  • Berusaha memajukan negara.
  • Sentiasa patuh kepada undang-undang negara
  • Tidak melakukan provokasi terhadap negara sendiri

 [ 2 x 2m =  4m ]


GLOSARY MINGGU INI
(08/ 14/ 2013)
اختيار
Ikhtiyari
Tidak terpaksa dan ada pilihan

أخوة
Ukhuwwah
Persaudaraan dalam Islam

ارهاص
Irhasy

Perkara luar biasa yang berlaku kepada seseorang yang bakal dilantik Allah menjadi rasul


Rabu, 3 April 2013

ADAB TINGKATAN 5 - ADAB BERMUSAFIR


  1. Berikutadalahtujuanberadabketikamusafir kecuali
    1.   ?    dapatpertolonganketikasusah
    2.   ?    dapatmenikmatikeindahanalam
    3.   ?    dapatmenujuketempat yang dihajatidenganselamat
    4.   ?    mendapatrahmatdankeberkatandaripada Allah S.W.T
  1. Musafiradalahperkara yang diharuskansekiranyabertujuanuntuk
    1.   ?    menziarahikuburkeramat
    2.   ?    melihatkebesaran Allah S.W.T
    3.   ?    Menontonpertandinganbinabadan
    4.   ?    Menyambuthari "memperingatikekasih"
  1. Pilihpernyataan yang menunjukkanmakruhbermusafir
    1.   ?    Menziarahi orang sakit
    2.   ?    Bersiar-siartanpatujuan
    3.   ?    Menunaikanumrah di Mekah
    4.   ?    Menbeli-belahbersamakeluarga
  1. Hukummusafiruntukmenziarahi Masjid al-Haram di Mekahialah
    1.   ?    wajib
    2.   ?    sunat
    3.   ?    harus
    4.   ?    haram
  1. Antaraberikut yang manakahbukanadabbermusafir?
    1.   ?    Memohonpetunjuk Allah
    2.   ?    Menyediakanbekalansecukupnya
    3.   ?    Memintanasihatdaripada orang yang berpengalaman
    4.   ?    Wajibmengucapkanselamattinggalkepada orang yang ditinggalkan


Antara Sunnah-sunnah Nabi saw  sebelum, ketika dan selepas tidur.

1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang
2. Jangan tidur menghadap kaki arahQiblat. Inia dalah kedudukan tidur orang yang telah mati.
3. Barangsiapa yang membacaTasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu, dia akan dikira sebagai mati syahid.  Apa itu Tasbih Fatimah?  Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X,  Allahuakbar 34 X.
4. Baca 3 Qul tiup ketapak tangandan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

6. Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

Selasa, 2 April 2013

ADAB TINGKATAN 5 - ADAB BERMUSAFIR


1
  Islam mengharuskan umatnya bermusafir dengan tujuan yang baik.
( a )
 Apakah maksud musafir? ( 2 markah )

( b )
Huraikan dua adab semasa bermusafir?  [4 markah]

( c )
Terangkan dua kesanpositif terhadap seseorang yang beradab ketika bermusafir.  [4 markah]
2
Terdapat beberapa hukum ketika bermusafir.

 ( a )
 Nyatakan dua hukum tersebut beserta contoh. [4 markah]

( b )
Mengapakah digalakkan melantik ketua ketikab ermusafir? [4 markah]

 JAWAPAN 

Nombor

Jawapan
Catatan / markah
1
( a )
 Maksud musafir:
 Melakukan perjalanan jauh kesuatu tempat l ebih dari dua marhalah dengan tujuan baik.

 [1 x  2m = 2m ]

( b )
 Dua adab semasa bermusafir:
  Memohon petunju kdaripada Allah S.W.T.
  Melantik seorang ketua apabila berkumpulan.
  Sunat mengucapkan selamt tinggal kepada orang yang ditinggalkan.
  Tidak melakukan kerosakan terhadap alam sekitar.
  Melakukan solat jamak dan qasar.
 [ 2 x 2m =  4m ]

( c ) 
  Dua kesan positif terhadap seseorang yang beradab ketika bermusafir:
  Perjalanan tersebut mendapat rahmat dan keberkatan daripada Allah S.W.T
  Tidak berlaku kerosakan alam sekitar.
  Wujud kerjasama dalam kumpulan/ ukhuwah/ persaudaraan.
 [ 2 x 2m =  4m ]

2
( a )
Dua hukum bermusafir:
Wajib: Bagi seorang muslim yang berkemampuan bermusafir ke Mekah untuk menunaikan haji dan umrah yang wajib.
Sunat: Bermusafir untuk menziarahi tiga buah masjid iaitu Masjid al-Haram, Masjid al-Nabawi, dan Masjid Aqsa serta bermusafir untuk melakukan perkara-perkara sunat seperti menziarahi saudara mara.
Harus: Bermusafir ke mana sahaja dengan tujuan yang diharuskan oleh syarak.
Makruh: Bermusafir ketempat-tempat yang haram dikunjungi seperti pusat-pusat maksiat atau menyaksikan pesta-pesta maksiat.
 
 [ 2 x 2m =  4m ]


( b )
 Sebab-sebab digalakkan melantik ketua ketika bermusafir:
 Supaya perjalanan mendapat keberkatan dan rahmat daripada Allah S.W.T
 Supaya ketua yang dilantik dapat menyelesaikan sesuatu pertelingkahan yang berlaku.
 Supaya sentiasa berdisiplin dalam semua perkara yang dilakukan.
 Supaya terhindar daripada melakukan maksiat dan kejahatan.

 [ 2 x 2m =  4m ]


Isnin, 1 April 2013

Apa terjadi pada tubuh kita di alam kubur?


SESUNGGUHNYA mayat di dalam kubur, akan melalui beberapa fasa perubahan, dan inilah fasa-fasa mulai pada malam pertama masuk ke alam kubur sehingga 25 tahun setelahnya.

Malam pertama di kubur tubuh badan mula membusuk dan ia dimulai daripada perut dan kemaluan. Subhanallah, perut dan kemaluan adalah dua hal terpenting yang dijagai oleh anak cucu Adam di dunia. Dua hajat, yang kerananya Allah azza wa jalla membuat manusia rugi di dunia akan membusuk pada malam pertamanya di kubur. Setelah itu, mulailah jasad berubah warna menjadi hijau kehitaman. Setelah pelbagai solekan, dan alat-alat kecantikan membuatnya memiliki ragam pesona, rupa-rupanya tubuh manusia hanya akan memiliki satu warna saja.

Malam kedua di kubur, mulailah anggota-anggota tubuh lain membusuk seperti: limpa, hati, paru-paru dan rusuk.

Malam ketiga di kubur, mulailah anggota-anggota tubuh itu mengeluarkan bau busuk yang melampau.

Seminggu selepas itu, wajah mulai tampak membengkak, begitu juga dua mata, kedua bibir dan pipi.

Selepas 2 minggu, rambut mulai gugur.

Selepas 15 hari, lalat hijau mulai dapat mencium bau busuk dari jarak 5 km, dan ulat-ulat pun mulai menutupi seluruh tubuh.

Selepas 6 bulan yang tinggal hanya rangka tulang saja.

Selepas 25 tahun, rangka tubuh ini akan berubah menjadi semacam biji, dan di dalam biji tersebut, kita akan menemukan satu tulang yang sangat kecil yang disebut ‘ajbudz dzanab (tulang ekor). Daripada tulang inilah kita akan dibangkitkan oleh Allah azza wa jalla pada hari kiamat. Inilah tubuh yang selama ini kita jaga. Inilah tubuh yang kita berbuat maksiat kepada Allah. Oleh sebab itulah, jangan gunakan jasad ini secara sia-sia, kerana dia akan mendapatkan apa yang telah disebutkan.